Portal Selangor adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Portal Selangor merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor melalui Internet.
Pada masa kini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor telah disediakan secara online dan Portal Selangor diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
Umumnya, Portal Selangor boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Selangor tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari "Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan".
Portal Selangor boleh diakses melalui telefon pintar/PDA dengan mengakses www.selangor.gov.my. Paparan versi Mobile yang responsif akan disesuaikan.
Senarai perkhidmatan utama dan maklumat terkini berkenaan Kerajaan Negeri Selangor boleh dilihat di menu "Rakyat".